PPC Iklan Blogger Indonesia

Rabu, Juni 12, 2013

Makanan-makanan Penyebab Kanser

Makanan-makanan Penyebab Kanser:


Makanan penyebab kanser biasanya tinggi kandungan
gula, karbohidrat yang diproses, pengawet dan hasil sampingan dari menggoreng
dan memanggang. Makanan sebegini juga boleh menyumbang kepada obesiti, kencing
manis dan penyakit jantung.
 



Minuman Manis

Makanan yang tinggi kandungan gula halus seperti
minuman manis, soda dan jus meningkatkan risiko kanser. Individu yang mengambil
minuman manis dengan kerap mempunyai risiko mendapat kanser pankreas dan kolon.
Walaupun gula tidak menukar sel-sel yang sihat menjadi kanser, ia adalah sumber
makanan utama untuk sel-sel kanser dan membantu pertumbuhan tumor.
 



Kentang Goreng

Makanan bergoreng meningkatkan risiko seseorang
mendapat kanser terutama jika ia mengandungi minyak hidrogenasi (hydrogenated
oil), lemak trans dan hasil sampingan dari proses menggoreng dipanggil
acrylamide. Acrylamide adalah neurotoksin dan ejen penyebab tumor. Makanan yang
tinggi karbohidrat seperti kentang mudah menghasilkan acrylamide semasa proses
menggoreng. Ia meletakkan banyak porduk kentang seperti french fries, potato
chip dan hash brown di senarai tertinggi makanan penyebab kanser.




Donut

Donut adalah salah sejenis makanan utama penyebab
kanser. Ia sepatutnya dalam senarai teratas makanan penyumbang kepada penyakit
kanser. Ia digoreng secara deep fried, mengandungi tahap gula yang tinggi
berdasarkan karbohidrat diproses (refined). Gabungan tepung yang diluntur,
karbohidrat diproses dan proses menggoreng adalah gabungan terbaik untuk
meningkatkan risiko kanser.
 



Hot Dog

Daging yang diawet adalah faktor yang diketahui
penyebab kanser perut dan masalah sistem penghadaman. Daging lebih merbahaya
apabila bahan pengawet utama seperti sodium nitrite ditambah ke dalam campuran.
Hot dog sepatutnya dielakkan dengan apa cara sekalipun terutama kepada mereka
yang mempunyai risiko yang tinggi mengidap kanser perut.
 



Daging Bakar Hangus/Satay



Apabila daging haiwan dibakar, beberapa toksik
terbentuk. Ia sama seperti toksin yang dihasilkan semasa proses pembakaran
tembakau dari rokok. Proses memanggang juga menghasilkan acrylamide. Menurut
National Cancer Institute (Amerika), kanser kolon, perut dan lain-lain
berkaitan dengan pengambilan yang tinggi makanan daging hangus atau yang
dipanggang terlalu lama.

sumber

0 komentar:

Posting Komentar

Terjemahan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More